Friday, June 1, 2012

Bukti bergambar ,kerajaan PAS Kelantan pernah menerima sumbangan RM4 billion . Highway hanya bernilai RM1.8 billion !

Terlebih dahulu aku nak meminta maaf atas keterlanjuran 'posting' terdahulu mengenai pembinaan leburaya di Kelantan . Beria-ia aku kata kerajaan PAS Kelantan takkan mampu untuk mengumpulkan dana sebanyak RM1.8 billion dalam tempoh 3 tahun kerana takkan ada orang yang sanggup menderma duit dalam jumlah yang banyak . Jangkaan aku walau bagaimanapun meleset beb ! Rupanya pada tahun 2010 , ada sebuah syarikat korporat yang menderma kepada kerajaan PAS Kelantan sebanyak RM 4 billion ! Nama syarikat tu ialah I'da World . Dalam satu laporan akhbar, syarikat itu mendakwa sumbangan yang dibuat kepada kerajaan PAS Kelantan takde kena mengena dengan projek yang diperoleh dari kerajaan negeri sebanyak RM 300 billion !!! Wahh hebat betulll kerajaan negeri Kelantan , boleh bagi projek RM 300 billion ? Jumlah bajet tahun 2012 untuk Malaysia baru RM 232.8 billion ... gua confuse ! Keh keh keh . Jangan marah .. gua gurau je beb ! (sumber)

'STOP-WORK-ORDER' ke-260 di lereng bukit Sungai Ara bila lagi Guan Eng ?

Dalam sidang media pada 30/5/2012 , Ketua Menteri Penang Lim Guan Eng membidas dakwaan sesetengah pihak mengatakan Penang di bawah pemerintahan DAP menjadi tempat pemaju2 hartanah untuk buat duit . Buktinya , 259 perintah menghentikan kerja2 pembinaan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan sejak tahun 2008 hingga 2012 berbanding hanya 38 semasa pemerintahan BN . Nampaknya Lim Guan Eng dah terbelit dengan 'statement' beliau sendiri . Aku sebagai rakyat Penang nak tau apa 259 projek yang diarahkan kerja dihentikan ? Bila dikatakan projek yang melibatkan pemaju2 hartanah , projek2 besar ni memang payah untuk diarahkan untuk henti kerja pembinaan . Lain la kalau projek2 bernilai rendah . Persoalan yang timbul sekarang daripada jumlah 259 projek yang diarahkan henti kerja , berapa banyak projek rumah kos rendah dan sederhana?


Statement pembohong paling besar yang boleh buatkan orang termuntah ialah bila Lim Guan Eng berkata nilai hartanah di Penang naik disebabkan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan CAT Penang (Competency, Accountability, Transparency) di bawah pentadbiran DAP . Bila Lim Guan Eng mengatakan ada arahan 'STOP-WORK-ORDER' dia tak pula bagitau samada 'STOP-WORK-ORDER' tu ditarik balik untuk diteruskan pembinaan ? Contoh mudah pembinaan sebuah kondominium mewah Gurney Paragon yang pernah dikenakan 'STOP-WORK-ORDER' pada July 2009 , kemudian pada Ogos 2009 'STOP-WORK-ORDER' tu ditarik balik . Nampak sangata 'press conference' yang dibuat oleh Lim Guan Eng bertujuan untuk mengelirukan orang !



Kalau betul2 telus , Lim Guan Eng patut keluarkan senarai projek2 yang dah dikenakan 'STOP-WORK-ORDER' dari tahun 2008-2012  dan samada 'STOP-WORK-ORDER' itu dah ditarik balik . Contoh Gurney Paragon ialah projek mewah dimana 'STOP-WORK-ORDER' ditarik balik . Jadi dalam jumlah yang dinyatakan oleh Lim Guan Eng berapa 'STOP-WORK-ORDER' ditarik balik ? Berapa projek besar berapa projek kecil ? Lim Guan Eng nak 'spin' pasal 'STOP-WORK-ORDER' , cerita pasal pembinaan bangunan tinggi di lereng bukit kat Sungai Ara tu dia tak nak cerita ? Itu adalah salah satu projek rumah mewah di Penang , dan dibina di kawasan berisiko tinggi ! (baca sini)


Patut projek macam ni awal2 lagi dah kena 'STOP-WORK-ORDER'  sebab 'STOP-WORK-ORDER' itu sendiri berkaitan dengan arahan yang dikeluarkan semasa kerja2 pembinaan apabila persekitaran tempat pembinaan dirasakan boleh membahayakan pekerja dan kawasan sekitarnya . Lim Guan Eng punya 'STOP-WORK-ORDER' lebih kepada modal politik dan nak tunjuk kuasa ! Chaittt !

Thursday, May 31, 2012

Cartoon-O-Phobia..komik 'hentai' pemimpin Pakatan untuk kempen ?

Kartunis Zunar hari ni dengan angkuhnya membidas kenyataan yang dibuat oleh pengerusi SPRM semalam mengenai larangan menggunakan kartun dalam kempen pilihanraya . Sebenarnya apa yang cuba ingin disampaikan oleh pengerusi SPRM dalam sidang media pada 30/5/2012 ialah penggunaan kartun dalam kempen pilihanraya dengan tujuan menyindir atau memperlekehkan calon lain adalah tak dibenarkan. Kalau Zunar nak lukis gambar kartun Anwar Ibrahim atau calon2 Pakatan yang lain tanpa mempersendakan parti lawan sudah pastinya takde masalah .


Zunar juga dilihat seolah-olah berlagak macam dia mewakili seluruh kartunis di Malaysia ni dengan penubuhan Kumpulan Kartunis Independent, kalau dilihat mesej-mesej yang cuba  disampaikan dalam karikatur lakaran beliau menunjukkan akal pemikiran yang singkat , ambil separuh dan buang separuh. Zunar mencipta istilah 'cartoon-o-phobia' untuk menyindir kerajaan . Istilah 'cartoon-o-phobia' direka oleh Zunar untuk menghalalkan mesej2 fitnah yang cuba disampaikan melalui lakaran kartun beliau .  Bayangkan sekiranya kartun-kartun yang menyindir pemimpin Pakatan dilukis dan disiarkan di portal2 media , pasti ada pihak yang akan kena saman . Contohnya macam cartoon dibawah ni .


Apa pun saranan pengerusi SPRM hanyalah mengenai penggunaan kartun di sepanduk2 , kain2 rentang , dan risalah2 yang diedarkan . Kalau nak lukis kartun di portal2 media, facebook , twitter dan sebagainya itu lain cerita . Kalau Zunar berkeras juga nak langgar larangan SPRM tu , kita pun boleh buat lagi gila punya kerja, idea banyak beb , tunggu masa je nak 'boom' !

Wednesday, May 30, 2012

PAS Kelantan ketepikan isu air demi pembinaan highway bernilai RM 1.8 billion ?

Beberapa hari lepas, ada cerita pasal kerajaan Kelantan nak bina Lebuhraya Kota Bahru - Kuala Kerai sepanjang 73 km guna dana awam . Hasrat murni kerajaan Kelantan ni bukan lah aku nak persoalkan , cuma jarak 73 km guna dana awam sampai bila boleh kumpul ? Tujuan pembinaan untuk kurangkan kesesakan semasa musim perayaan dan menurunkan indeks kemalangan jalan raya . Banyak lebuh raya lain kat Malaysia ni..dia punya indeks kemalangan macam tu gak , pasal indeks kemalangan ni lebih kepada 'attitude' pemandu2 di Malaysia itu sendiri.


Projek lebuhraya tu dijangka bernilai RM1.8 billion ! Dan dijangka siap lagi 3 tahun . Soalan aku sekarang ni dana awam dah cukup ke RM 1.8 billion ? RM 1.8 billion adalah jumlah yang besar , kemampuan kerajaan negeri Kelantan untuk mengumpulkan RM 1.8 billion boleh dipersoalkan, dan sekiranya boleh adakah jumlah itu akan cukup dalam tempoh 3 tahun ? walhal projek itu dijangka siap dalam jangkamasa 3 tahun . Nik Aziz sebagai Menteri Besar mungkin boleh berdiskusi dengan pak-pak Arab di Timur Tengah untuk dana pembidaan . Malangnya sebagai salah satu elemen dalam kumpulan Pakatan Rakyat , imej Nik Aziz dah tercalar di dunia erebbb .. tambahan pula ada sorang sheikh dari majlis fatwa arab saudi buat statement pasal guna agama untuk kepentingan politik.


Kelantan juga pada satu ketika dikatakan antara negeri berpendapatan rendah di Malaysia. Dan agak menyedihkan apabila kerajaan Kelantan cuba membina sebuah lebuhraya berbanding kemudahan-kemudahan lain yang lebih penting . Misalnya loji rawatan air , kita tahu Kelantan sedang menghadapi masalah kekurangan air terawat dan krisis ini agak kritikal sekarang . Jadi adalah lebih baik kerajaan Kelantan melaksanakan projek yang lebih munasabah untuk mengatasi kekurangan air besih di negeri itu . Untuk projek lebuhraya ini, aku tertanya siapakah konsultan yang dilantik ? Majlis pecah tanah untuk pakej 1 Machang-Kuala Kerai dah dibuat , tentu kontraktor dan konsultan dah ada , walau bagaimanapun bila 'tender' untuk projek ni di buka ? Jeng jeng jeng ... tak nak speku , kita tunggu dan lihat dulu

RM15,000 Elaun Bulanan dari Vincent Tan kepada Azmin Ali ?

Pendedahan terbaru RPK kali ini nampaknya lebih memihak kepada BN , kalau sebelum ni pendedahan2 RPK mengenai skandal2 kerajaan dan sebagainya di sorak oleh 'balachi-balachi' PR , namun kali ni diaorang punya 'tune' sudah lari ..  Kalau tengok komen2 di Facebook, artikel berkaitan dan segalanya . Memang RPK kena hantam 'kow-kow' punya malah ada yang mengatakan RPK dah dibayar oleh BN . Inilah mentaliti puak-puak asuhan PR , bila ada saja pendedahan yang tak selari dengan aspirasi mereka , maka orang yang mendedahkan itu akan dilabel sebagai agen UMNO . Sebenarnya, pemikiran sebegini dah ditanam oleh Anwar ke dalam otak-otak 'penyembah-penyembah' beliau , nampak orang-orang PAS pun dah macam terikut-ikut dengan cara pemikiran sebegini . Mana kempen 'Free RPK' yang mereka laung-laungkan pada satu ketika dulu ? Adakah RPK hanya boleh 'bebas' berbicara mengenai keburukan BN dan bukan PR ?


RPK pada 29 May 2012 telah mendedahkan bahawa beliau menerima dokumen2 penting dari seseorang yang pernah berkhidmat di Jabatan Pencegahan Rasuah dan dokumen2 itu menunjukkan korupsi Azmin Ali dengan pemilikan harta yang berjuta-juta semasa beliau masih berkhidmat dalam kerajaan pada tahun 1995 sebagai setiausaha sulit Anwar. Menurut RPK dokumen berkenaan bukan saja bakal menjatuhkan imej Azmin Ali tapi imej Anwar Ibrahim akan turut terpalit. Salah satu pendedahan dokumen berkenaan ialah Azmin Ali menerima sebanyak RM15,000 setiap bulan dari boss Berjaya Group, Vincent Tan . Pheww..betul ke? RM15,000 di tahun 1995 banyak beb !

Penyokong-penyokong Azmin dan Anwar tak senang duduk, macam-macam soalan dikeluarkan , misalnya kenapa file diserah kepada RPK dan bukan Najib , kenapa sekarang baru nak serah dan macam2 lagi la .. Pandai pulak mereka berfikir itu dan ini sekarang , kenapa masa kes pembunuhan Altantuya soalan-soalan sebegini tak ditanya ? Amat jelas sekali pemimpin dan penyokong PR adalah manusia yang 'bias' dan 'hipokrit' . Mereka kerap mengatakan orang itu dan orang ini rasuah , skandal dan sebagainya , namun apabila terkena batang hidung sendiri , pelbagai alasan pulak dikeluarkan , fitnah dan segalanya . Kebenaran makin tersingkap sedikit demi sedikit .. Samada benar atau tidak berita-berita yang dikeluarkan RPK ,apa yang penting dah menunjukkan sikap puak2 yang menentang kerajaan BN ni . Aku pasti 'beruk-beruk' PR ni akan melompat-lompat kegembiraan semula bila RPK membuat pendedahan yang memihak kepada mereka pulak.

Monday, May 28, 2012

Dr. Chua Soil Lek cabar Lim Guan Eng untuk 'potong' apa ?

Dalam perlembagaan Malaysia, tak pun menyebut yang Perdana Menteri mesti seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam . Cuma di Malaysia ni penduduk majoriti ialah orang Melayu dan biasanya yang majoriti ni lah memilih siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri . Buat masa sekarang kaum majoriti di Malaysia lebih suka orang Melayu yang beragama Islam untuk menjadi Perdana Menteri . Jadi 'statement' Karpal Singh yang dibuat mengatakan beliau akan berjuang selagi masih hidup untuk melihat bukan Melayu jadi Perdana Menteri . Komen aku berjuanglah sepuas-puasnya kerana kaum majoriti yang akan memilih siapa Perdana Menteri itu . Siapa tahu mungkin pada satu hari nanti kaum majoriti di negara ni nak melihat kaum yang bukan dari kalangan mereka mentadbir negara ? Tak langsung menjadi kesalahan dalam perlembagaan negara.


Kenyataan yang dibuat oleh Dr. Chua Soi Lek baru2 ini di beberapa akhbar Cina agak melucukan bila melontarkan cabaran kepada Lim Guan Eng untuk 'potong' . Mungkin Dr. Chua Soi Lek hanya bersifat sinis apabila mengeluarkan kenyataan sebegitu apabila melihat tindak-tanduk Lim Guan Eng seolah-olah mempunyai cita-cita yang besar untuk menduduki jawatan no. 1 negara . Dr. Chua juga berkata walaupun Lim Guan Eng berani 'potong' dia tetap tak diterima sebagai Perdana Menteri kerana beliau masih bukan orang Islam yang sebenar . Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Dr. Chua ialah perkara2 lain yang perlu dilakukan oleh seorang yang beragama Islam.

Lim Guan Eng perlu bertanggungjawab ! Pergaduhan antara kaum di Padang Kota, Pulau Pinang berlaku lagi.

Semasa Putrajaya riuh dengan pelbagai aktiviti belia , satu senario yang agak berlainan berlaku di Padang Kota, Penang pada hari ini . Suasana di Penang tetap riuh, tapi riuh dengan kebencian ... sekumpulan penyokong perhimpunan Bersih 3.0 telah berkumpul di Padang Kota sempena sebulan memperingati peristiwa Bersih 3.0 . Menurut laporan Malaysiakini ,perhimpunan sempena ulang tahun Bersih 3.0 itu dianjurkan oleh Suaram . Walau bagaimanpun, perhimpunan biasanya akan bertukar menjadi kecoh apabila ada pertembungan diantara dua kumpulan yang berbeza ideologi . Seolah-olah mengulang kembali peristiwa


Perhimpunan Hijau di Padang Kota dimana pergaduhan berlaku antara seorang wartawan akhbar Cina ekoran dari provokasi dan beberapa orang pemuda Melayu. Kes terbaru ialah apabila Ahli DUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin yang menyertai perhimpunan memperingati Bersih 3.0 dicabar oleh beberapa orang pemuda Melayu untuk berdebat , salah seorang peserta perhimpunan bernama Dalbinger Singh pun diajak berdebat ... namun menurut Malaysiakini, diaorang tak dilayan. Tapi korang tahu lah kalau Malaysikini punya berita depa tak cerita semua .. kononnya nak 'portray' budak Melayu yang mewakili PERKASA ni macam jahat sangat lerr. Akibatnya satu pergaduhan berlaku dan 2 orang kena angkut ...

sumber : http://www.malaysiakini.com/news/199202

@MegaBidaman

Recent Comments

Email Me

Name:
Email Address:

Click here to put a form like this on your site.